Wednesday, February 20, 2019

Pulau Dayang, Johor

Assalamualaikum. Pulau Dayang merupakan tempat menarik di Johor yang harus dikungjungi oleh semua yang datag ke Negeri Johor. Jangan keliru kerana di Langkawi juga mempunyai Pulau Dayang  yang juga tarikan di negeri itu. Ramai yang tidak sedar dengan kewujudan Pulau Dayang di Johor ini. Pulau ini sangat cantik dengan keindaan alam semula jadi yang akan memukau sesiapa sahaja yang datang ke pulau ini.
Pulau Dayang yang merupakan jiran Pulau Aur di Mersing ini berdekatan juga dengan Pulau Pemanggil. Pelancong boleh ke pulau itu dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan air laut dengan menaiki bot kecil nelayan di situ. Adakalanya, mengambil masa sehingga 8 jam untuk sampai di Pulau Dayang sekiranya llaut bergelora.
Bagi yang suka memancing boleh berkungjung ke Pulau Dayang ini. Hal ini kerana pulau ini merupakan lubuk ikan yang terkemuka di Malaysia. Pulau Aur dan Pulau Pemanggil yang terletak berdekatan juga merupakan lokasi lubuk bagi ikan sukan, mersuji hitam (Black marlin).
Pemandangan di pulau ini teramat cantik dan pasti akan menjadi kenangan yang terindah. Percutian ini pasti menjanjikan satu kenangan yang berbeza dengan pulau-pulau yang lain. Disini, jika mahu bermalam di pulau, pengunjung harus membawa bahan mentah dan kering sendiri dan boleh upah rumah masak di sana untuk masak. Admin tertarik untuk menceritakan mengenai pulau ini untuk bacaan semua kaki travel di luar sana. Sebelum itu, kami telah masukkan Pulau Dayang Johor  ini sebagai tarikan yang hebat di dalam Peta Tempat Menarik ini.

PEMANDANGAN LUAR BIASA DI PULAU DAYANG, JOHOR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
  • Alamat : Pulau Dayang, Jalan Tun Dr Ismail, Mersing, Johor.
  • Facebook : Dayang Island
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Dayang, Johor

Aktiviti Sesuai

Antara aktivti menarik di Pulau ini ialah:
  • Memancing
  • Skuba
  • Snorkeling

Penginapan yang Ada

Terdapat sebuah tempat menginap iaitu Dayang Blues Resort yang boleh menampung sehingga 300 orang pelancong.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Dayang, Johor.






Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Dayang, Johor.

Very peaceful. Not crowded. A lot of marine life too! So many fish!! At night you can hear the wild pigs too!!!. Zhan YM.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Pulau Dayang ini harus dilawati bagi pengemar skuba kerana keindahan dasar laut yang sangat cantik pasti meninggalkan serib kenangan kepada anda. terima kasih kepada utusan online kerana memaparkan cerita mengenai Pulau Dayang ini. Banyak maklumat telah diambil dalam Utusan Online.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Dayang, Johor, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Dayang, Johor.

No comments:

Post a Comment